Wednesday, June 07, 2006

yesterday and today, notes to remember ...

* untuk kak ida @moi, andainya ukhti menjengah saya ... asifah, moga segera dapat kembali berhubung!
---
selalu aku tahu, ingat dan mengerti ... kata-kata alBanna yg bak lafaz wajib semua yg mengenal mujahid besar alIkhwan alMuslimun ini ... "Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada!"

tapi ... aku masih boleh lena dalam tidur yang panjang!

bila arRasul disapa Jibril dengan wahyu pertama, dan dia kembali mendapatkan Khadijah dan menyelimuti seluruh tubuhnya ... didn't ALlah revealed to Him al-Muddaththir?

‘O you (Muhammad [pbuh]) enveloped (in garments)! Arise and warn! And your Lord (Allah) magnify! And your garments purify! And keep away from Ar-Rujz (the idols)!’

[Al-Qur'an 74:1-5]


hmmmppppppppppppppppppppppppppp! and people 'need'ed time for themselves, oh why?

sekadar coretan hari itu, mungkin salah, mungkin benar, ALlah Knows Best and ye know NOT!

----
bahagianya menjadi isteri, dan betapa indahnya kehidupan seorang ibu ...
hanya Tuhan yang tahu!

tapi terkadang, tercuit rasa hati ... memikirkan betapa dan betapa sedikitnya masa untuk diri sendiri. bak kata orang bujang - "they need time for themselves".

mungkin aku sinis, tapi kata seperti itu
buat hati berdetik nakal, dan senyum sendiri ;).

membaca kurang. berfikir bila ada kesempatan. bersosial hanya bila online? atau ada yg rajin ziarah ke teratak teman. entahlah, dalam bilik air pun sentiasa bergegas. bimbang lama2 si kecil main sorang2, kalau tak pun awal2 lagi menangis ummi dah 'hilang'. setiap hari bangun tidur, menguruskan suami dan si kecil, masak, membasuh, mengemas bla bla bla bla sampai tidur waktu malam. most of my time - spent with my little child, husband and doing the house chores ...

erm sekejap, si kecil baru balik. anak-anak dara yg rajin tadi singgah sebelum ke kedai dan minta bawa si kecil bersama. aku ok saja. abi pun kata tak apa. si kecil ikut kakak-kakak, abi ke pejabat pula. ummi?

ummi sendiri. bermenung... bila handzalah tak ada ummi pun tak tahu nak buat apa. ummi nak lipat kain, nak gosok baju, nak kemas rumah ... nak, nak, nak tapi semangat tiada. ummi rasa sunyi seluruh jiwa, buah hati ummi kedua-duanya tiada. alahai, baru sekejap saja, ummi sudah serba tak kena!

masa yang ummi harap ada untuk segala kesempatan yg tiada, sudah tiba, tapi tak terasa inginkan apa-apa bila anak ummi dan si dia tak bersama-sama. macamana agaknya hidup untuk diri sendiri? apa ertinya masa untuk sendiri saja? entahlah, diri pun tak mengerti mungkin kerana sedari kecil terdidik untuk hidup bersama dan kerana semua ... dan sebab hidup ini asal dan akhirnya kerana Dia, berkhidmat semampu ada pastilah tujuan kita ...

erm, mungkin sedikit yg aku perlu adalah kekuatan (semangat dari mereka) dan kesanggupan untuk mengorbankan waktu rehat dan lena, untuk kembali mencari ilmu dan mengasah minda malah melaksanakan tuntutan-tuntutan hidup yg lain selain yg termetri dalam rumahtangga ... aku tak perlu masa sendiri saja, malah aku tak inginkannya!

syukurlah andai suami memahami dan meringankan berat beban di bahu kita ... syukurlah dengan anak-anak yg sinar mata mereka menyuluh harap dan ceria di jiwa ...

lukluk menulis akhirnya,
1749pm, 19/5/06