Saturday, June 18, 2005

kembali ke F1 ...

hari ini, selepas lebih setahun, kembali posting dr meja pejabat abuhandzalah di F1. tapi kali ini datang bersama handzalah, bukan berdua lagi :). handzalah dah suka duduk dlm stroller bolehlah ummi+abi bawa jalan lama-lama sikit. tapi kena gerakkan stroller tu, kalau lama-lama sangat statik boringla dia. kalau naik kereta lagi boring. dr BP kalau nak balik rumah Opah sampai 3 jam, handzalah memang tak tahan. dlm mag parenting ada cakap kalau travel dgn anak-anak atau kanak-kanak kena berhenti, rancang perjalanan baik-baik. bahagikan masa untuk berehat supaya mereka tak terlalu letih dan bosan. make your journey fun and exciting, bak kata Opah time travel ni time nak tengok alam semesta ciptaan al-Khaliq yg indah dan luas, time kita nak tengok tempat dan budaya orang. Jangan asyik tidur! (tu untuk akak, abang, mak & bapak kepada budak-budak).

alhamdulillah minggu lepas sempat ke walimah akh Hafiz bec4, dptlah jumpa sahabat-sahabat kesayangan. datang dah dekat pukul 4, mulanya ingat tak sampai sebab handzalah dah meragam on the way. terpaksa berhenti kat seremban sekejap dalam pukul 2 lebih. syukurlah sempat juga sampai, dapat jumpa bee, kak ruq & family, sue & siblings, pengantin (mestilah!), fiza a.k.a adik pengantin dan penampilan istimewa hasnor nadia a.k.a sepupu pengantin merangkap peminat zaman dolu-dolu huhuhu :) (apa tu?). oh! lagi satu special appearance - ukht Siti Muslimah & parents ... classmate masa sek. rendah yg dah lama x jumpa ... adalah sekali kot masa gathering batch few years back. LAGI SATU, dapatlah Handzalah jumpa Amaani Syaheeda for the second time, kali ni Amaani tak tidur :). Luk pegang Amaani yg comel rasa alah comelnya! kecik je ... ringan, kecik dari Handzalah. Handzalah 3 bulan = 6kg lebih, Amaani baru nak masuk 5kg dan muda sebulan, tu yg ringan tu :) plus, Amaani girl, biasanya org kata girl ni kecil sikit saiznya berbanding boys ...

oklah, handzalah dah ajak balik ;) tak boleh lama-lama sangat kat sini nanti 'melekat'.

atrukukum fihifzillahi wa ri'ayatihi, hingga lain masa ... wassalam! :)