Saturday, August 06, 2005

di mana anda?

di mana anda malam ini? pada saat ini?

saya di F1 menaip ini, mungkin untuk anda tapi sememangnya pasti untuk diri sendiri!

di mana anda kini?

adakah di pejabat? atau di rumah?

sedang makan? chatting? atau sedang menyertai ribuan (atau jutaan?) peminat Akademi Fantasia meraikan konsert finale malam ini??! Isk...isk... mungkin jika rumah saya punyai pancaran Astro, atau mungkin jika saya tidak canggung menonton televisyen di warung-warung atau restoran yang bersiaran Astro ... saya juga akan bersama mereka saat ini!!!

Isk...isk...isk...Tuhan, begitu lemahnya hati!

Saya khuatir, mungkin dahulu kegilaan AF tidak sampai kepada sebegitu ramai manusia (dah RAMAIIIIlah juga sebenarnya!) tapi selepas gelombang TSUMAWI ... saya dan anda DI MANA KINI??!

saya merasakan AF adalah antara gelombang yang sangat besar melanda bukan saja muda-mudi malah yg tua dan kecil-kecil cili padi di negara kita kini ... (bukan AF saja malah sekian banyak program realiti tv). mungkin ramai yang telah menulis tentang negatifnya gelombang ini, tapi sejauh mana hakikat "buruk"-nya kegilaan ini bisa menjauhkan saya dan anda dari menanti pelajar-pelajar AF setiap hari di depan tv?

Kehadiran MAWI di AF dan dalam "kehidupan" kita kini mengingatkan saya tentang YASIN dan migrasinya dalam industri muzik. Adakah ia sekadar satu perubahan imej dan genre muzik serta keinginan untuk menjadi artis solo setelah lama dalam dunia nasyid? Tak perlu tepuk dada mencari jawabnya, cuma perlu fikir, zikir dan penghayatan iman dalam amal sehari-hari. Tapi "cuma" itu bukan mudah dan memerlukan mujahadah yg bukan sedikit.

Gelombang TSUMAWI - antara hijrah dan fitnah yang perlu kita analisa sedalam-dalamnya hari ini ...

ANDA DI MANA KINI?

Saya harap anda sedang bersama saya yang sedang cuba memenangi perlawanan nafsu hari ini >>> menjauhi gelombang TSUMAWI/AF!!Kerana jika "MEREDAH"-nya saya khuatir kita akan lemas meskipun "perasan" kita punya survival skills untuk mengasingkan segala elemen-elemen munkar dari apa yang kita tonton dan dengar setiap hari!

Sekadar nota untuk yang seperti saya hari ini. Hanya ALlah Maha Mengetahui :)