Wednesday, December 27, 2006

tiga perkara

yang tidak ada di kamar kita
bukan jendela,
kipas angin
atau pendingin hawa berkuasa kuda

yang tidak ada di rumah kita
adalah isteri dan anak-anak
(juga barangkali suami,)
yang menjadi penyejuk mata
sumber ketenangan jiwa

yang tidak kita punya
rupa-rupanya kasih dan cinta
sedingin air telaga,
tenang dan bersahaja
namun sentiasa segar
menghilang panas tubuh,
letih dan dahaga

bahang yang terasa
di sebalik istana mewah terbina
kerana kita
tidak kenal Pencipta,
tidak kasih kekasih-Nya,
dangkal dalam mengertikan
kalam-Nya nan sempurna

kenali dan cinta
tiga perkara
moga hilang panas di dunia
bersama bayang nyala murka
neraka Tuhan yang setia menanti
bahan bakarnya

khaleel el-wafy
rumah kecil furzedown road,
Dec 28, 2006.

No comments: